Friday 13 September 2013

NOTA SEJARAH PENGGAL 1

ASALAMUALAIKUM WBT SEMUA ..

Hari ni nio baru sempat nak kemas kini  beberapa bahan untuk pelajar stpm sem 3 ..
makin dekat dengan real exam  ohh...tidak.. itu yang rakan 2 nio akan kata bila ditanya tentang hari menjelang exam sem3 hi3...kelakar pon ade la..
well nio ada jugak ambil kertas ulangan so nio ada la dapat sedikit bahan berkaitan nota sejarah penggal 1 ..tapi nio ambil pp jerr... nota sj nio ambil dari member sekelas yg mengulang .. sebenarnya cg nio yang banyak membantu dalam aspek ini thank you cg lela ..we love you so much.. insyaAllah sem 3 ini kami akan pastikan A dalam gengaman.. Sejarah..
so bagi rakan 2 lower six yg tercari2 nota silalah manfaatkan nota ini sebaiknya.. pulun bagi result sj penggal 1 korang meletop... kasih ibubapa korang bangga k...
oh.. ye.. tak lupa 4 member yang ambil kertas ulangan korang gunalah nota ini sebagai bahan bacaan semoga nota sj ini dapat membantu korang .. insyaAllah..


SEJARAH DUNIA 
[1500 – 1955]
Tema 1 : Masyarakat 

1.      Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik  pada abad ke-16 dan 17. Bandingkan .
Pengenalan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.

        Isi-isi
                 
Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja England merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad ke-  17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.

       Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama,  bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.
               Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua  daimyo yang dikenali sebagai Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu  Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa.  Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.

                Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan  kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru k esetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.

              Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun   tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.
            
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein,  manakala golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.

Kesimpulan
             
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam system feudal yang menjadi amalan di Jepun dan England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.




2.      Masyarakat  Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan aktiviti ekonomi  berasaskan pertanian. Bincangkan.
Pengenalan:
Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya,  petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi pada abad ke- 16 dan 17.

Isi-isi penting :
Masyarakat Belanda mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan dan dipasarkan di bandar lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam ialah bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petani Belanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol diproses untuk  menghasilkan minyak dan menjadi  minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke17. Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstein pada abad ke-16 hingga abad ke-17
Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan oat sebagai sumber pertanian yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah diekport ke luar negara. Walau bagaimanapun  keadaan ini berubah pada abad ke17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana pertambahan bilangan penduduk kesan dari migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dari Baltik, Perancis dan wilayah Walloon.
Selain itu, dianggarkan satu perlima daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri perikanan yang menguntungkan Belanda. Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaan kapal yang terbaik di Eropah.  Buktinya , industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad ke-17. Misalnya pada tahun 1630an, sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.

Selain pertanian, masyarakat agraria Belanda juga menjalankan penternakan binatang. Penternakan lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda merupakan  tempat utama penternakan lembu. Misalnya, pengeluaran  hasil tenusu di Holland dan Friesland amat tinggi berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda adalah  negara pengeluar hasil tenusu seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain dari lembu susu, lembu daging juga diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di selatan. Malahan, pengeksportan lembu yang telah disembelih dan diproses  berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas. Hal ini berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636 hingga 1637. Bunga hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang abad ke 16, penanaman ini tersebar ke luar Belanda seperti  pantai timur England iaitu di  Kent, Essex dan Surrey. Bunga hop digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga 1621
Kesimpulan:
Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian namun turut sama menjalankan aktiviti ekonomi lain. Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa penjajah pada abad ke19.








3.      Masyarakat  Portugal mempunyai  kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad ke 16 dan 17. Buktikan pernyataan ini.
Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut. Masyarakat  ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul menjelang abad ke-16 . Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-15 .
Isi-isi penting
1.      Kebijaksanaan dalam teknologi pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe.Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical. Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

2.      Kebijaksanaan membina kapal
Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas. Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal
3.      Kebijaksanaan memilih petempatan
Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut
4.      Kebijaksanaan tokoh kepimpinan
Galakan pucuk pimpinan telah menjadikan Portugal kuasaa maritim hebat di Eropah. Putera Henry atau dikenali sebagai Henry the Navigator banyak menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan penjelajahan.Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sarges dan mengundang ramai ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal
5.      Kebijaksanaan ilmu pengetahuan/kajibintang
Masyarakat maritim portugal menguasai kemahiran penggunaan kompas dan dapat membantu arah pelayaran. Mereka mencipta peta pelayaran  yang lengkap tentang benua eropah dan laut Mediteranean pada abad ke 15 yang memudahkan pelayaran.Kesannya mereka dapat melalui tempat yang sukar dan membuka petempatan baharu
6.      Kemahiran menguasai laut
Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur .Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah
7.      Semangat inkuiri
Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan.Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain. Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
8.      Kebijaksanaan memilih kegiatan ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan  utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan .Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan. Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan.

Kesimpulan
 Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal sebagai kuasa maritim adalah berpunca daripada kebijaksanaan bangsa Eropah tersebut. Ini menyebabkan bangsa Eropah yang lain turut serta dalam penerokaan dan pelayaran .Kejayaan dalam maritim ini telah membawa kepada kelahiran masyarakat industri di Eropah kerana kebanjiran masuk bahan mentah dari tanah jajahan  dan peluang pasaran. 


Tema 2: Pemerintahan & Pentadbiran 


1.  Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di negara China pada abad ke 16 hingga 20.
Pengenalan
            Negara China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada abad ke 16 sehingga akhir abad ke 20.  Sistem maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China.  Dalam masyarakat China, sistem maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.
Isi
            Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam masyarakat China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan kedudukan kerajaan.  Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.
            Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of haven atau mandat dari syurga.  Maharaja dikatakan sebagai wakil dari syurga atau “anak syurga” dan mendapat kuasa spiritual yang tidak terhingga.  Konsep ini juga menjelaskan bahawa maharaja dianugerahkan kuasa memerintah oleh tuhan.  Melalui konsep mandat dari syurga, maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan  masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan.  Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah di atas muka bumi.
            Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan, melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan gelaran.  Maharaja China berkuasa mutlak dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan tugas di bawah arahannya.  Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat, iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).
            Bagi melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas.  Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya.  Selain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
            Seterusnya, pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya kepada 15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil.  Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah.  Maharaja Ming juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai pengawas.  Selain itu, pentadbiran pegawai di daerah pula ditadbir urus oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
            Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.  Pentadbiran ketenteraan berada di bawah ilmu ketua suruhanjaya tentera  yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.  Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya.  Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.
            Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang perundangan.  Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah.  Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.
            Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya.  Hal ini diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.  Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar Negara.  Dasar pemerintahan maharaja ini membawa kepada peluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China.  Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China.  Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, iaitu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, Maharaja China menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan.  Hal ini jelas menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan dasar luar  negara.
            Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan.  Dalam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal ehwal keagamaan di China.  Baginda juga mengetahui semua upacara pemujaan yang diadakan di dalam negara. 
            Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran dan memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat dalam menyelenggarakan serta menerbitkan kitab dan ensiklopedia.  Baginda turut terlibat dalam perkembangan ilmu pengetahuan dengan memberi  ceramah kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Imperial.  Malah, maharaja juga mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
Kesimpulan
            Kesimpulannya, Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang  berkuasa sehinggalah kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada sistem kemaharajaan China.  Segala pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911 di China.












2.  Raja Louis XIV(1643-1715 )melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis dengan mengukuhkan dasar dalam negara semasa pemerintahannnya.Bincangkan.
Pengenalan
Raja Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643. Memerintah selama 72tahun dan menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam negara untuk mengukuhkan pemerintahan monarki.
Isi
Dasar Dalam Negara
Raja Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis dengan  memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran. Antara lainnya , baginda memperkenalkan 4 majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy.  Majlis Negara berperanan menguruskan hal ehwal luar negara.  Majlis Despatches mengurus semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan,  Majlis Kewangan mengurus hal percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan  Majlis Privy berperanan dalam menguruskan bidang pentadbiran keadilan.
Baginda juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan seperti Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraaan. Selain itu baginda  menggunakan khidmat pegawai berkebolehan bagi mengukuhkan kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi
Dasar Ekonomi
Raja Louis XIV telah melaksanakan  dasar ekonomi merkantilisme untuk mengukuhkan
kedudukan negaranya.  Baginda memperkenalkan dan  memulakan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang senjata  di Toulan. Malah baginda juga mengadakan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar untuk menggalakan perdagangan antarabangsa dan meningkatkan perdagangan Perancis. Selain itu baginda menggunakan pelbagai sekatan untuk meningkatkan industri tempatan contohnya, mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada barangan asing serta  cukai yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis. Baginda memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.
Dasar Ketenteraan
Raja Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan. Antara lainnya baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan seperti langkah  menghapus dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan, meletakkan tentera dalam kawalan baginda dan melantik pegawai-pegawai tentera berasaskan merit. Untuk menarik kesetiaan golongan tentera baginda menambahbaik ketenteraan dengan merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan. Kesannya  tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah
Dasar Agama
Dasar lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki adalah memaksa golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda telah membatalkan Edict of  Nantes yang memberi kebebasan beragama  kepada golongan Huguenot pada 1685. Hal ini  menyebabkan seramai 200 ribu orang orang Huguenot meninggalkan Perancis
Dasar Luar
Melalui dasar luar Raja Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan wilayah Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda
Kesimpulan
Raja Louis XIV mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam negara tetapi melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan dasar agama.Semua dasar yang dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.



  1. Amerika Syarikat mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan .  Bincangkan pernyataan di atas  dalam konteks pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat.
Pengenalan
            Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.  Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.  Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia melulusakan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.            
Isi-isi penting
     Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Pada awalnya, Artikal Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya, artikal ini tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga, kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri atau negara lain.
      Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang kuasa yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya Perlembagaan Amerika. Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar dasar luar negeri, pertahanan, cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat, member kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan serta member kuasa yang lebih besar kepada kerajaan persekutuan. Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang tahun 1788, Sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut. Dengan hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison menerusi penerbitan buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong Perlembagaan Amerika.
       Perlembaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi melindungi negara dari sebarang unsure-unsur authoritarian dan radikal. Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagia, iaitu Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Kuasa Eksekutif diteraju oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas empat tahun,Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun.
     Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi Kongres. Namun melalui dua pertiga undi Kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat.
        Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini merupakan badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden sekiranya Presiden melanggar perlembagaan.
       Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam pilihan raya tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
Kesimpulan
       Pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British.  Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik.  Sekaligus, ini membantu Amerika Syarikat untuk muncul sebagai kuasa besar dunia. 


TEMA 3: Kemajuan & Pembangunan 

1.      “Pembaharuan yang dilakukan  semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan asas bagi kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.”
Nilaikan pernyataan ini. 

Pengenalan

Latar belakang Jepun : sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau dasar pemencilan. Kedatangan Komondor Matthew Perry dengan “kapal hitam” Angkatan laut Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun : melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen Kanagawa) Matthew Perry dengan angkatan laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya memaksa Jepun menerima kehadiran kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji :  peralihan era keshogunan (yang mengamalkan dasar feudal) kepada era Meiji. Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman pembaharuan Meiji. Membawa kesan positif di Jepun seperti mempercepat proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.

Isi 
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:

1.      Dasar kerajaan Meiji
-      kerajaan  memberikan bantuan kepada pengusaha persendirian
-      bantuan modal kepada pengusaha industri
-      latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
-      bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan
-      mendapatkan khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian

2.      Pembaharuan dalam bidang ekonomi
a)    sektor pertanian berkembang pesat
-      langkah tingkatkan pengeluaran hasil pertanian
-      hantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara
-      import pakar pertanian
-      import benih baru
-      baja kimia digunakan secara intensif
-      sistem pengairan dibaiki
-      menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan sutera

b)    dasar kewangan yang teratur
-      mata wang diperkenalkan                      
-      bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank                                  Pusat Jepun, Bank Hypothec, Bank Perindustrian)
-      akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah membantu pertumbuhan industri


                             
3.      Langkah lain
-                kemajuan dalam pengangkutan
-                kemajuan telegraf
-                kemunculan pengusaha-pengusaha baru

Kesimpulan
-                Peranan kerajaan amat penting sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
-                Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin Meiji memainkan peranan penting dalam meletakkan asas perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
-                Hingga kini Jepun menjadi negara maju yang setanding dengan negara Barat.
         


  1. Sumbangan yang diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karya-karya beliau banyak membawa  perubahan kepada  landskap  politik  di Eropah pada abad ke-19. Bincangkan.


Pengenalan
Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah  untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis Montesquieu (1689-1755)

Atau:
Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)


Isi

The Spirit of Laws  mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Contohnya despotisme  (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.

Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa .  Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan  penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman (judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans pula memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan  sesebuah empayar, sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara. Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom

Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.


Kesan kepada perubahan lanskap politik  eropah/dunia:-

Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan (kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak adil) dan persamaan (hak yang sama kepada setiap individu dalam segala bidang.

Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.

Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam  pemerintahan iaitu keistimewaan yang dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan

Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan. Perlantikan mereka berasaskan teori-toeri politik oleh golongan intelektual.

Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir  dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.

Doktrin beliau  mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.


Kesimpulan
Charles Louis Montesquieu  telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya  iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan  mengubah secara drastik  lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.




  1. Nilaikan sumbangan Adam Smith yang membawa kepada pemikiran ekonomi di Eropah.


Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Beliau pernah memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow dan menghembuskan nafas terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.


Isi
-                Adam Smith pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya “The Wealth of Nations”. Melalui buku ini beliau memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan kritikannya terhadap sistem merkantilisme. Laissez-faire istilah Perancis yang membawa pengertian “biarkan keadaan seperti sedia ada”. Ia berasal daripada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
-                Doktrin laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi oleh Richardo dan Thomas Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa. Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.
-                Doktrin laissez-faire yang digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara menjadi penonton dan membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran. Antara kritikan yang dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau koloni hanya akan berkembang pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Kritikan ini juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris.
-                Smith menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini akan membolehkan hasil lebihan dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga membawa maksud pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi sebahagian daripada proses kemajuan.
-                Menurutnya, perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos pengeluaran dan membolehkan modal mengalir kepada sektor yang produktif dan akan meningkatkan permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
-                Perbincangan Smith juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai bagi Smith ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu barangan boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.


Kesimpulan
-                Melalui karyanya, The Wealth of Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara.
  




  1. “Revolusi Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan di Perancis pada abad ke-19 Masihi.”
Bincangkan.

Pengenalan
-                Konsep pendidikan : kegiatan yang dijalankan secara terancang & sistematik terhadap perkembangan jasmani, rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan seseorang bagi menjalani kehidupan yg sempurna.
-                Tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan di Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang membawa kepada terbentuk masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
-                Sebelum abad ke-17 dan 18, pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja. Kesannya : pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam masyarakat. Pendidikan juga terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada golongan bangsawan, pedagang dan profesional
-                Sistem pendidikan di Perancis mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi Menteri Pelajaran. Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar dan kampung untuk memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua masyarakat. Sekolah tidak lagi berada di bawah pengaruh gereja.


Isi
1.  Dasar Pendidikan
-          Kesan pendidikan percuma dan wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara Eropah yang mempunyai rakyat celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an, majoriti rakyat Perancis telah celik huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat pendidikan rendah
-          Kesedaran untuk memajukan sistem pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana kesan daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan yang harus disediakan kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
-          Pada zaman Napoleon : perubahan dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan diseragamkan di seluruh Perancis. Semua institusi pendidikan di Perancis disatukan dan diletakkan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-          Sistem pendidikan di Perancis pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana polisi Napoleon yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau gerakan militer.
-          Zaman selepas Napoleon : sistem pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan berteraskan teologi dan moral. Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
-          Selepas Revolusi 1830 : Louis Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan daripada pengaruh gereja. Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
-          Pertengahan abad ke-19, Kerajaan Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk kukuhkan sistem pendidikan. Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk menguruskan sistem pendidikan. Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis Akademi ditubuhkan di setiap daerah. (Terdapat 17 Majlis Akademi)
-          Akhir abad ke-19, pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14 tahun. Kerajaan Perancis juga melaksanakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak.

2.  Institusi Pendidikan
·         Pendidikan rendah:-
ü  peraturan yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis terkandung dalam Undang-Undang 1795.
ü  setiap komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan sekolah dan rumah guru
ü  sekolah diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
ü  memberikan penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral dan agama
·         Pendidikan menengah:-
ü  dijalankan di Lyceum dan Kolej Awam
ü  Lyceum sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar
ü  Kolej Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak kerajaan
·         Sekolah tinggi:-
ü  Undang-Undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
ü  1803 : sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
ü  1804 : sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
·         Sekolah wanita:-
ü  Sekolah Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon untuk beri peluang kanak-kanak perempuan bersekolah
ü  ketika itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang menganggap wanita sebagai kaum yang lemah
·         Universiti:-
ü  diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
ü  ketua pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor
ü  terdapat lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
ü  pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam fakulti
ü  1890 : 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri

Kesimpulan
-                abad ke-18 Masihi, sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat iaitu sistem pendidikan kebangsaan mula diperkenalkan
-                pendidikan negara Perancis mula bebas daripada kongkongan gereja
-                sistem pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi pemerintah



  1. “Sistem pendidikan di Jerman mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 Masihi.”  Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan
-                Zaman Pencerahan / Enlinghtenment (1650-1800 Masihi) ialah satu gerakan intelektual yang berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Jerman kerana kerajaan Jerman mengambil alih sistem pendidikan yang sebelumnya dikuasai oleh pihak gereja.
-                Sistem pendidikan kebangsaan lebih mengutamakan kepentingan negara dengan pelbagai perubahan dilakukan terhadap dasar pendidikan, institusi pendidikan dan kurikulum pendidikan

Isi
1.  Dasar Pendidikan
-          Awal abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.
-          Raja Frederick II telah mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah.
-          Beliau telah mengubal kod undang-undang sekolah pada tahun 1763 dan 1765 dengan seorang inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap sekolah-sekolah.
-          Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi di Prusia.
-          Abad ke-19, sistem pendidikan Jerman berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya dengan semua hal ehwal pendidikan terletak di bawah Menteri Pendidikan.
-          Jabatan Pendidikan Awam ditubuhkan pada tahun 1809 bagi mengawal segala dasar tentang pengurusan sekolah
-          Mata pelajaran serta buku-buku teks ditetapkan oleh kerajaan pusat.
-          Perlantikan guru serta penyeliaan sekolah juga dikawal oleh kerajaan pusat.
-          Undang-undang berhubung pengurusan dan pentadbiran sistem pendidiakan diperkenalkan seperti mengisytiharkan kod undang-undang bagi sekolah-sekolah Latin dan sekolah yang dikendalikan oleh golongan mubaligh
-          Melalui ‘Advisory Order’ ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak ke sekolah dan akan dikenakan denda jika enggan menghantar anak-anak ke sekolah.
-          Raja Frederick II mengisytiharkan undang-undang ‘General Land-Schule Reglement’ yang merupakan undang-undang persekolahan yang pertama bagi seluruh Prusia.

2.  Institusi Pendidikan
·         Menjelang abad ke-19, institusi pendidikan di Jerman terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan universiti.
·         Pendidikan rendah:-
ü  sekolah rendah ditubuhkan pada akhir abad ke-18
ü  sekolah rendah (volkschulen) terbuka kepada semua lapis penduduk di Jerman
ü  pendidikan sekolah rendah seawal umur tujuh hingga 14 tahun
ü  pengajian meliputi membaca, menulis, mengira, geografi, sejarh  dan gimnastik
·         Pendidikan menengah:-
ü  terdiri daripada dua aliran, iaitu sekolah gymnasium dan  sekolah awam (real-school)
ü  tempoh pengajian di sekolah menengah meliputi jangka masa sembilan tahun dan dikenakan yuran pengajian
ü  pengajian di gimnasium mengutamakan pembelajaran bahasa Latin dan Greek dan para pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
ü  sekolah awam nenekankan pembelajaran matematik, sains, bahasa moden dan  bahasa ibunda
ü  pelajar dilatih untuk menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
·         Pendidikan teknikal:-
ü  Kerajaan memberi keutamaan pada pendidikan dalam bidang teknologi bagi membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan di Jerman.
ü  Penekanan diberikan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah menggantikan sistem pembelajaran tradisional
ü  Sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
·         Universiti:-
ü  Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri
ü  Kerajaan memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi
ü  Terdapat empat fakulti iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah

3.  Kurikulum pendidikan Jerman
-          Kurikulum sekolah rendah:-
ü  Pembelajaran di sekolah rendah adalah berasaskan Pestalozzi.
ü  Penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak-kanak.
ü  Penekanan diberikan kepada mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman.
ü  Selain itu, subjek Lukisan, Muzik, Matematik dan agama juga diajar kpd kanak-kanak.
-          Kurikulum sekolah Menengah
ü  Usaha diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah.
ü  Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Latin, Bahasa Greek dan Bahasa Jerman.
ü  Selain itu, penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran Matematik, sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
ü  Selain itu, penekanan juga diberikan kepada pengajian humanisme.
-          Kurikulum peringkat universiti
ü  Pengajian di peringkat universiti memberi penekanan kepada pelbagai lapangan ilmu.
ü  Kajian dan penyelidikan dijalankan dalam bidang philologi, egiptologi, sejarah, falsafah, psikologi, undang-undang, anatomi, zoologi, kimia dan fizik.


Kesimpulan
-                Menjelang abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan sistematik di Jerman
-                Perkembangan dalam kurikulum menyebabkan muncul ramai sarjana dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan di Jerman.
-                Kemunculan pelbagai institusi pendidikan melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Jerman dalam lapangan pendidikan 


TEMA 4 :Nasionalisme & Pembentukan
Negara Bangsa 


  1. Analisiskan reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas pertengahan abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.
Pengenalan: 
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang  mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat .
Isi-isi penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak lagi berupaya untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa Barat. Justeru itu wujud kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah hilang mandat dari syurga. Turut mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu tamparan yang hebat kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China ingin mengorak beberapa langkah untuk mengembalikan kekuasaan mereka . Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
       i. Ketenteraan
           Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa kekurangan senjata moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan  tujuan untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam bahasa China. Pembinaan limbungan kapal,penubuhan angkatan tentera laut dan penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat.
    

   ii. Ekonomi
           Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara, antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan negara. Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat akibat kekalahan dalam perang.
          iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
              Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah yang diambil untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah pembinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan China terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada Negara China.
           iv. Diplomatik
                Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada masyarakat China.
            v. Pendidikan
                Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada kekalahan China terhadap kuasa Barat. Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang dikenali sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di Peking. Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh ekoran daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada golongan konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat.
3  .Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui pemberontakan ini. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai  I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius . masyarakat China juga turut menunjukkan kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran  merupakan impak negatif kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing telah menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya. Selain itu, kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Landskap politik China menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.







2. Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat di India pada abad ke 20.
Pengenalan
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula semangat kebangsaan di India.
Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan  rakyat India terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam  gerakan kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale.
Isi-isi penting:
1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris  memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.

2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
-British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam
-mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam golongan  terpelajar di India.
3. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden  juga pencetus kepada semangat kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan
4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment anti-British
-langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari Englang dan menghadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan hukuman ke atas orang Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik akta tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam hati orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi menentang British
6. Peranan akhbar
-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot  merupakan akhbar yang mengkritik dasar British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan
7. Kajian terhadap keagungan silam
-kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams
-kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India
8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore
9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
-dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industry tempatan mengawal perusahaan-perusahaan tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India
10. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalisme
11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885
Kesimpulan
-pendidikan Barat merupakan faktor utama melahirkan  kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India disamping beberapa faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentiment anti-British
-kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah





3. Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam Revolusi China  pada tahun 1911.
Pengenalan:
Dr. Sun Yat sen  iaitu  “Bapa Revolusi China”dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang Shan ,Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di Honolulu,Hawaii dan meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada tahun 1887,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah beliau mula cenderung  ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,demokrasi ala-Amerika dan sejarah revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong  juga telah mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan republik China. Dr Sun Yat Sen  memainkan peranan penting  dalam memimpin dan menggerakkan pergerakan revolusi  di China.
Isi-isi:
Menubuhkan pertubuhan revolusioner
     Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November 1894,Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing Chung-hui atau Persatuan Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang kebanyakkannya golongan sarjana.Slogan perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang Manchu,Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka gagal,Dr Sun Yat Sen telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar negara.
 Menubuhkan Parti Revolusi
     Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga Bersatu di Tokyo pada 20 Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat utama parti ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk menjadikan tanah-tanah sebagai hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan Honolulu.Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau memperoleh wang dan merekrut sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan bahawa beliau memberi sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di bawah perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.
Menyebarkan perasaan anti-Manchu
    Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam kalangan rakyat China.Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis rencana-rencana dalam akhbar Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan daripada orang ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti Amerika dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat Cina luar negeri.Kesungguhan beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di China.
Mengemukakan ideologi revolusi
    Peranan yang dimainkannya menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang Cina apabila beliau  mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan situasi semasa .Ideologi  revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya  dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip ini juga diterima sebagai ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di China.
Melancarkan pemberontakan
     Antara tahun 1891-1911,Dr  Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam merancang dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan Manchu.Beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di wilayah Selatan China.Pada awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di Jepun.Namun setelah mendapat tentangan daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah beralih pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi telah dilancarkan namun menemui kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan kewibawaan Manchu merosot. Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui  telah berjaya mempengaruhi tentera China melancarkan pemberontakan.Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah berjaya mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.
Kesimpulan
     Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China 1911.Beliau memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China.Beliau juga seorang tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu dalam perjuangannya.Peranan beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera revolusioner telah melancarkan revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara  di Nanking.





4. Konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya Perang Dingin. Bincangkan.
Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin  kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar secara besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan  “Doktrin Tuman” pada tahun 1947
Perang ini tercetus akibat konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat
Isi-isi Penting
Konflik berlaku akibat daripada :
1.      Perbezaan ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media manakala ideologi komunis, rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.
2.      Perbezaan sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada campur tangan kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas  kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi barat. 
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin renggang


3.      Kemunculan kuasa besar dunia yang baharu
Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika Syarikat dan Rusia . Kedua-dua negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
4.      Dasar perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun 1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur hingga ke garisan Carzon dijadikan sempadan antara Rusia dan Poland.
Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap Negara-negara di  Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah bagi menyekat  penyebaran fahaman komunis.
5.      Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa besar menjadi renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan mereka amat curiga dasar luar Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh Rusia.
6.      Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan hubungan antara kedua-dua Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan terdapat “tirai besi” yang memisahkan Eropah Timur dan Eropah Barat.


Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada ‘teori domino’ iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad menyekat  perkembangan komunis di mana-mana negara.
Keadaan ini mencetuskan ketegangan  antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang Dingin.




5.  PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa penggunaan kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.
Isi-isi penting
Kemerdekaan wilayah jajahan
PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.
Masalah pelarian
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di negara-negara tertentu.
Dasar Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
Hak asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

Menangani konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di negara tersebut.
Membantu  negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara.
Membangunkan negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.
Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada tahun 1994.
Mengatasi perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikay mengundurkan peluru berpandu dalam krisis di Cuba.

Kesimpulan
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negara-negara anggota.











6. Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Pengenalan :
NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.

Isi –isi penting :
United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946 hingga 1951, dandokumen yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO.
Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan“ pemain utama” (key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.
Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya.
Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
Perkembangan  politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
Soviet Union memberi satu persepsi bahawa “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat adalah NATO”.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.

Kesimpulan :
Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia. 


KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN YANG BERUSAHA .. INSYAALLAH..  



XOXO NIO <3 PIA XOXO



11 comments: